Wednesday, December 15, 2021

KEPELBAGAIAN IDEAL 'BANGSA IDAMAN' DAN PERBAHASAN

 


KEPELBAGAIAN  IDEAL 'BANGSA IDAMAN' DAN PERBAHASAN




AHLI KUMPULAN 5

NO

NAMA

NO MATRIK

1

KHALIS IMAN BIN KHAIRUNNIZAM

02DGU21F1080

2

AHMAD NURHELMI BIN MOHAMED ROFLI

02DGU21F1072

3

NUR AMIRAH BINTI RAZALI

02DGU21FI076

4

SITI NURSYAMIMI AUNI BINTI MUSTAFA

02DGU21FI1084




KONSEP BANGSA IDAMAN

1.      Bangsa Idaman sebelum merdeka

            Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idamanyang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).

 Bangsa idaman selepas merdeka

Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia akhir tahin 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation)

 

3.      Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru

Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.

1.      Bangsa idaman Era Malaysia baru

       Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin  mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.

                                

KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN

ØPada tahun 1996, Shamsul AB melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.


KELOMPOK STRATEGIK NASIONALIS MELAYU TERDAPAT 3 JALUR BANGSA IDAMAN IAITU:




CABARAN MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN

Ø  PLURALISME ialah sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu.

Ø  Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan masyarakat pada masa itu.

Ø  Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan


Ø  LIBERALISME ialah kesederhanaan atau keterbukaan

Ø  Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas.

Ø  masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara.


Ø  KEPELBAGAIAN BUDAYA ialah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara ini.  Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung

Ø  Oleh itu,nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara.

Ø  Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambang, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman.


                                   KONSEP BAHASA CITA

 Karangan Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong menemui perbincangan tuntas konsep bangsa cita (nation of intent) berdasarkan pengalaman sosiologikal Malaysia yang menjadi idaman para negarawan. Gagasan “Bangsa Malaysia” iaitu anggota semua kaum harus mempunyai perasaan sebangsa, berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama menimbulkan polemik yang masih tidak berhujung. Apakah takrif ‘bangsa’ (race) itu tepat daripada sudut biologikal? Dalam Bahasa Melayu, bangsa merujuk kepada suatu kelompok yang berkongsi ciri fizikal, ras dan keturunan. Ia juga boleh merujuk sesuatu kaum. Apakah yang menjadi pentakrif kepada bangsa Malaysia yang dicitakan itu?Jika mengambil kira semangat perlembagaan dan kontrak sosial, bangsa Melayu adalah jawapannya. Bersediakah kaum-kaum lain melebur masuk menyertai pembinaan bangsa itu?

Justeru demikian rumitnya persoalan ini beberapa sarjana memajukan konsep nasion yang bermaksud suatu komuniti politik yang terdiri daripada bangsa-bangsa yang menghuni wilayah politik tertentu sebagai jawapan.Penulis bersetuju dengan konsep nasion ini untuk memandu perbincangan secara rasional terhadap isu negara bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia yang sering disebut oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai stabil-tegang (stable-tension). Apa pun reaksinya, sehingga kini gagasan negara bangsa masih menjadi cita-cita idaman. Keunikan Malaysia terletak pada keragaman komposisi etnik yang membentuk pengalaman sosiopolitiknya.Walaupun tidak terbentuk sebagai bangsa yang satu, tetapi nasion ini tetap menjunjung tinggi semangat cintakan tanah air yang tinggi.

Indeks Keamanan Global 2019 memberi petunjuk tentang betapa mahalnya negara ini. Berada pada kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia dan ketiga di Asia, Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa yang mewakili blok kebudayaan besar meletakkan kedudukannya dalam kelas tersendiri. Sebagai sampel kes keadaan rukun damai masih dapat dijelmakan.


                                                KESIMPULAN

Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.

Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.

 

 



No comments:

Post a Comment

MEMUPUK PERPADUAN KEPELBAGAIAN ETNIK

MEMUPUK PERPADUAN KEPELBAGAIAN ETNIK AHLI KUMPULAN 5 NO NAMA NO MATRIK 1 KHALIS IMAN BIN K...