Wednesday, December 15, 2021

WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT


                         WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT


AHLI KUMPULAN5

NO

NAMA

NO MATRIK

1

KHALIS IMAN BIN KHAIRUNNIZAM

02DGU21F1080

2

AHMAD NURHELMI BIN MOHAMED ROFLI

02DGU21F1072

3

NUR AMIRAH BINTI RAZALI

02DGU21FI076

4

SITI NURSYAMIMI AUNI BINTI MUSTAFA

02DGU21FI1084


APA ITU WARISAN?

Menurut jabatan warisan negara,warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi

-sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana warisan tersebut menggambarkan cara hidup dan jati diri dari sesuatu bangsa yang pelbagai kaum

 -menurut kamus dewan,warisan bermaksud harta peninggalan,harta pusaka,sesuatu yang turun temurun atau peninggalan

JENIS JENIS WARISAN TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU:

Warisan Budaya

  • Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum misalnya masyarakat Melayu,India,Cina dan lain-lain,Malaysia kini tidak dinafikan mempunyai nama tersendiri di persada dunia
  • malah,kita sering diingatkan supaya terus memelihara serta menjaga seni,budaya dan warisan agartidak terus hanyut dibawa arus kemodenan 

Warisan Bangunan

  • BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD Ibarat ‘king on the cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur.Bangunan ini terseragam indah di hadapan Dataran Merdeka.          
  • Dibina pada abad ke-19 iaitu pada tahun 1893,bangunan ini memiliki reka  bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh islam berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya.
  • Bangunan ini juga dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan,namun pada tahun 1948,setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat Persekutuan
  • Pada tahun 1974 pula,pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dipindahkan ke Shah Alam dan sejak dari itu,bangunan ini telah diberikan nama yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898,iaitu Sultan Abdul Samad






Warisan Seni

  • Warisan seni adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan sebagai satu gagasan kerana penulis sedar bahawa ianya dapat menyatu dan meningkatkan maruah bangsa seterusnya dapat mencapai.

PEMELIHARAAN WARISAN TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN IAITU:
  1. WARISAN KETARA --          
Warisan kebudayaan ketara menurut peruntukan Seksyen 2 yang tertakluk dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) jelas menyatakan “... warisan kebudayaan ketara termasuklah kawasan, monumen dan bangunan.”


     2.WARISAN TIDAK KETARA

Warisan kebudayaan tidak ketara mengikut tafsiran yang telah dibuat melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (1) seperti Bahasa,sebutan lidah,pepatah lagu yang dihasilkan melalui muzik,lirik,lagi rakyat,tradisi,lisan,puisi,muzik,tarian.



APA ITU PENDIGITALAN?

Pendigitalan ialah bagi mengenal pasti perkhidmatan yang boleh dinaik taraf kepada perkhidmatan dalam talian secara ‘end to end’(hujung k hujung)melalui  penambahbaikan proses,proses peningkatan kemahiran,sumber manusia,kajian peraturan dan polisi dan seterusnya,menggunakan teknologi digital.

1.TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MEDIA DIGITAL

Mempunyai kuasa atau pengaruh memberitahu sesuatu dan bertindak sebai satu saluran maklumat yang berkesan kepada penerimanya

2.MEDIA ELEKTRONIK MERANGKUMI TELEVISYEN,RADIO DAN INTERNET

Internet merupakan saluran yang paling banyak digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan atau menerima maklumat berkaitan sesuatu isu.Hal ini disebabkan internet lebih cepat dan pantas dalam memberi atau menerima maklumat

3.MEDIA MASSA MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK KEMAJUAN TEKNOLOGI,INFORMASI DAN KOMUNIKAS

Hal ini disebabkan kerana adanya perbezaan corak pemikiran,perbezaan sifat yang terkesan pada pengambilan sikap,hubungan sosial dan perbezaam budaya

4.MEDIA MASSA MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG INFORMASI DAN KOMUNIKASI.PENINGKATAN JARINGAN KOMUNIKASI.DENGAN INI,DAPAT MENDEKATAN MANUSIA DARI SELURUH DUNIA
MENINGKATAN TARAF HIDUP DAN MEMBUKA RUANG KEPADA PERKONGSIAN ILMU TANPA SEMPADAN.



 

KEPELBAGAIAN IDEAL 'BANGSA IDAMAN' DAN PERBAHASAN

 


KEPELBAGAIAN  IDEAL 'BANGSA IDAMAN' DAN PERBAHASAN




AHLI KUMPULAN 5

NO

NAMA

NO MATRIK

1

KHALIS IMAN BIN KHAIRUNNIZAM

02DGU21F1080

2

AHMAD NURHELMI BIN MOHAMED ROFLI

02DGU21F1072

3

NUR AMIRAH BINTI RAZALI

02DGU21FI076

4

SITI NURSYAMIMI AUNI BINTI MUSTAFA

02DGU21FI1084




KONSEP BANGSA IDAMAN

1.      Bangsa Idaman sebelum merdeka

            Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idamanyang diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial. Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).

 Bangsa idaman selepas merdeka

Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu “identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan daripada Malaysia akhir tahin 1990. Bangsa Idaman pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society nation)

 

3.      Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru

Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan (Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi.

1.      Bangsa idaman Era Malaysia baru

       Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin  mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.

                                

KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN

ØPada tahun 1996, Shamsul AB melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu.Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identity nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular Ketika tahun 1960 yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew Ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu dan akhir 1990 pada era pemerintahan Mahathir Mohamed. Pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.


KELOMPOK STRATEGIK NASIONALIS MELAYU TERDAPAT 3 JALUR BANGSA IDAMAN IAITU:




CABARAN MEWUJUDKAN BANGSA IDAMAN

Ø  PLURALISME ialah sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu.

Ø  Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan masyarakat pada masa itu.

Ø  Hal ini menyebabkan wujudnya masalah dalaman yang rumit kepada negara yang dijajah apabila dimerdekakan


Ø  LIBERALISME ialah kesederhanaan atau keterbukaan

Ø  Dimana keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada penipuan dan menimbulkan pekara-pekara yang akan menggugat kemakmuran dan menyebabkan perkembangan negara akan terjejas.

Ø  masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalisme dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat patriotisme diri mereka demi kepentingan bangsa dan negara.


Ø  KEPELBAGAIAN BUDAYA ialah pembentukan masyarakat majmuk didalam proses perkembangan sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk di negara ini.  Menurut Ibn Khladun dimana tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung dan patut ditiru oleh suatu bangsa yang maju dan agung

Ø  Oleh itu,nilai budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada kemajuan bangsa dan negara.

Ø  Dalam sebuah bangsa rakyat bebas berkongsi lambang, identiti, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi asas dan matlamat sesebuah pembinaan bangsa idaman.


                                   KONSEP BAHASA CITA

 Karangan Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong menemui perbincangan tuntas konsep bangsa cita (nation of intent) berdasarkan pengalaman sosiologikal Malaysia yang menjadi idaman para negarawan. Gagasan “Bangsa Malaysia” iaitu anggota semua kaum harus mempunyai perasaan sebangsa, berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama menimbulkan polemik yang masih tidak berhujung. Apakah takrif ‘bangsa’ (race) itu tepat daripada sudut biologikal? Dalam Bahasa Melayu, bangsa merujuk kepada suatu kelompok yang berkongsi ciri fizikal, ras dan keturunan. Ia juga boleh merujuk sesuatu kaum. Apakah yang menjadi pentakrif kepada bangsa Malaysia yang dicitakan itu?Jika mengambil kira semangat perlembagaan dan kontrak sosial, bangsa Melayu adalah jawapannya. Bersediakah kaum-kaum lain melebur masuk menyertai pembinaan bangsa itu?

Justeru demikian rumitnya persoalan ini beberapa sarjana memajukan konsep nasion yang bermaksud suatu komuniti politik yang terdiri daripada bangsa-bangsa yang menghuni wilayah politik tertentu sebagai jawapan.Penulis bersetuju dengan konsep nasion ini untuk memandu perbincangan secara rasional terhadap isu negara bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia yang sering disebut oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai stabil-tegang (stable-tension). Apa pun reaksinya, sehingga kini gagasan negara bangsa masih menjadi cita-cita idaman. Keunikan Malaysia terletak pada keragaman komposisi etnik yang membentuk pengalaman sosiopolitiknya.Walaupun tidak terbentuk sebagai bangsa yang satu, tetapi nasion ini tetap menjunjung tinggi semangat cintakan tanah air yang tinggi.

Indeks Keamanan Global 2019 memberi petunjuk tentang betapa mahalnya negara ini. Berada pada kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia dan ketiga di Asia, Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa yang mewakili blok kebudayaan besar meletakkan kedudukannya dalam kelas tersendiri. Sebagai sampel kes keadaan rukun damai masih dapat dijelmakan.


                                                KESIMPULAN

Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.

Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.

 

 



Monday, December 13, 2021

E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN


E-FOLIO(SUKAN DAN PERPADUAN)MPU21032


NAMA KUMPULAN 5:

NAMA

                           NO.MATRIK

KHALIS IMAN BIN KHAIRUNNIZAM

O2DGU21F1080

AHMAD NURHELMI BIN MOHAMED ROFLI

02DGU21F1072

NUR AMIRAH BINTI RAZALI

02DGU21F1076

SITI NURSYAMIMI AUNI BINTI MUSTAFA

02DGU21F1084


ISI KANDUNGAN:

BIL

                           PERKARA

1

PENGHARGAAN

2

PENGENALAN

3

TOPIK:3.0 TENTANG SUKAN UNTUK PERPADUAN

            4.0 PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

            5.0 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

            6.0 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR

             7.0 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

4

KESIMPULAN

 

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Tuan Mohd Noor Zaidi kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah jemu memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.

 2.0 PENGENALAN

Sukan merupakan suatu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Perpaduan atau “ solidarity” didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. selain itu, kegiatan sukan juga beleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan Negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.  


3.0 TENTANG SUKAN UNTUK PERPADUAN

Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideology 

Menyemarakkan semangat patriotic dalam kalangan rakyat

Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu

Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurikulum

Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM

Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal, kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri

Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan.



4.0 PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama  Negara, peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.

Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.

Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat “kekitaan”.

Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada itu, menghargai dan mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di Negara ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.

Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Disitulah mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama. Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong pasukan Negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.

Sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa. Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia Berjaya merampas piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya. Pasukan badminton piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia. Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara dunia sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan satu pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.


Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman. 


5.0 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

 Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

  


6.0 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR

1. Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan muruid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.

2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011

3. Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.

4. Pengenalan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)sejak tahun 1986. 


7.0 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.


Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.


Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.


Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.


Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.


Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.


Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.


Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.


Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.


8.0 KESIMPULAN

Sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

MEMUPUK PERPADUAN KEPELBAGAIAN ETNIK

MEMUPUK PERPADUAN KEPELBAGAIAN ETNIK AHLI KUMPULAN 5 NO NAMA NO MATRIK 1 KHALIS IMAN BIN K...